Sunday, 21 April 2013

Nota penyakit hati Tanyalah Ustaz

Kalimah Lailahaillallah telah tertanam dalam diri setiap muslim, sebab itu apabila kita zikir Lailahaillallah badan kita akan turut bergoyang. Mengamalkan kalimah mulia ini sangatlah bagus dan sehari cuba amalkan 1000 kali sehari.
Airmata datang dari lubuk hati, emosi sedih, marah. Niatkan sesuatu kerana Allah membuatkan setiap pekerjaan yang dilakukan adalah ibadat.

Memaafkan orang lain akan melembutkan hati seseorang. Jadikan amalan setiap  sebelum tidur. Tanda jika hati masih sakit, tidak dapat memaafkan orang lain secara ikhlas.

Cara merawat hati disaat tengah malam, bangun dan panggil Allah, bermula dengan tiada suara kepada suara yang lebih kuat sehingga mengalir air mata

Orang yang hatinya mati, tidak akan merasa merasa belas pada makhluk Allah yang lain. Penawar kepada hati, perbanyakkan sedeqah dan berdoa agar sedeqah yang kita lakukan tadi dapat melembutkan hati.Sebut kebaikan dalam doa kepada Allah dan berjanji kepada Allah kita akan laksanakan perintahNya dengan sempurna.

Makanan otak adalah selawat, makanan hati pula adalah Qulhuwallah. Ketika kita terlupa bacalah selawat.Selawat akan menajamkan aqal.

Moga catatan daripada kuliyah tanyalah ustaz ini dapat dimanfaatkan..Aaminn

No comments:

Post a Comment