Tuesday, 15 May 2012

Rintihanku padaMU Ya Rabb...

Segala puji bagi Mu Ya Allah,selawat dan salam buat junjungan besar yang disayangi Nabi Muhammad s.a.w.
Wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,sesungguhnya aku sedar yg aku tidak layak utk memohon apa2 dariMu Ya Allah..tetapi kepada siapa lagi hendak kami panjatkan doa kami selain dari Mu Ya Allah? 
Maka ampunkanlah kami Ya Allah, pandanglah wajah kami dengan pandangan kasih sayangMu,kerana Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

Pada hari yang berbahagia ini, sungguh kami terasa dekat dengan Mu Ya Allah, kerana kami tahu Engkau sedang melihat dan tersenyum mendengar munajat kami.. 

Ya Rahman, daku suka mempunyai sifat2: 
  •  lembut hati memaafkan salah orang lain -lembut hati utk menjalankan perintah Mu 
  •  lembut hati utk mengasihi makhluk2 Mu -kasih sayang pada diriku,ibu-bapaku,adik beradikku,ipar duai ku,sahabat baik ku, guru-guruku 
  •  syukur pada setiap masa padaMu,berterima kasih pada hambaMu sebagai tanda syukur pada Mu,menghargai setiap nikmat yang ku perolehi 
  •  tenang dan bersemangat menjalani kehidupan dengan bangun seawal 4.30pagi utk mendekatkan diri denganMu -berlapang dada dan redha dengan taqdir yang terbaik kau tentukan untukku 
  • rajin solat dan membaca Alquran setiap selepas solat -Istiqmah bangun seawal 4.30pagi, bertahajud dan berselawat 1000x buat kekasihMU 
  • Bersemangat utk hidup sebagai tanda syukur Kau kurniakan aku kehidupan 
  • creative dan penuh inspirasi menghasilkan karya utk menyentuh hati semua hambaMu agar dekat padaMu.. sebagai tanda syukurku akan anugerahMu 

Ya Allah Kau sudah berkata,dan kata-kataMu adalah kebenaran "Sesungguhnya Allah Maha Lembut terhadap hambaNya.Dia Maha Memberi Rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" Ya Allah dengan SifatMu yang Maha Kaya dan Maha Mendengar, perkenankanlah hajat hambaMu Ya Allah Ya Zaljalaliwal Ikram Amin..amin..amin Ya Rabbal alamin 

HambaMu yang bersyukur 
 Nur Rafizah Rahamad

Doa diubahsuai dari DiyanaTahir

Picture Credit to:http://www.coran-tajwid.net/dua-khatm-al-quran

No comments:

Post a Comment