Current reading...it's been a while me not posting anything in this blog...when read this book...owh ...rasa sungguh kerdil...too small...besarnya nikmat Allah untuk setiap hambaNya...dan betapa mudahnya untuk menjemput rezekiNya..
Apa yang perlu dibuat...buatla segala suruhanNya..tinggalkan segala laranganNya...in sha Allah..betapa mudahnya rezeki datang..
Kadang-kadang perkara yang terlalu mudah itulah yang pembuka jalan rezeki kita...kita sering ambil mudah..contoh dengan hanya berzikir sahaja sebenarnya kita telahpun menjemput rezeki kita..
Zikir yang paling mudah..ialah Subhanallah, Alhamdu lillah..dan Allahu akbar..dengan melakukan amalan ini rupanya telah membuka rezeki kita.
Amalan yang kita harus amalkan..mulakan dengan membaca 10kali setiap lepas solat..dan 33kali sebelum tidur.
Rasulullah s.a.w pun pernah memberitahu saidatina Aisyah supaya mengamalkan zikir di atas sebelum tidur..
Dalam satu hadis Baginda bersabda:
"Adakah kamu tidak mampu untuk memperoleh 1000 kebajikan setiap hari?
Seseorang bertanya kepada baginda: "Wahai rasulullah, bagaimana kami boleh memperoleh 1000 kebajikan setiap hari?
Baginda menjawab: Bacalah Subhanallah 100kali, nescaya kamu akn memperoleh 1000 kebajikan.
(Riwayat Muslim)
Antara zikir lain yang dapat diamalkan ialah kalimah "Lailahaillallah". Diriwayatkan daripada Saiyudina Abdullah bin Abbas, Rasullullah s.a.w bersabda:
"Demi dzat yang diriku dalam genggamanNya, sekiranya dibawa langit dan bumi, sesiapa sahaja yang berada pada kedua-duanya dan apa-apa sahaja yang ada diantara kedua-duanya, dan apa- apa sahaja yang berada di bawah kedua-duanya, maka ( kesemua itu) diletakkan disebelah neraca dan penyaksian terhadap 'Lailahaillallah' diletakkan disebelah yang lain, maka kalimah ini akan lebih berat" (Riwayat Imam Tabarani)
Oh..betapa mudahnya menjemput rezeki..antara lainnya adalah dengan
1- Menjaga waktu solat
2- Mengerjakan Solat Dhuha
3- Mengerjakan solat Tahajud
4- Mengamalkan Asma al-Husna
5-Memperbanyakkan sadaqah
6-Mendoakan orang lain
7- Membaca Al-Quran
Banyak lagi yang dapat diamalkan untuk menjemput rezeki. Semoga amalan ini dapat diamalkan terutama diri sendiri demi mendapat redha Ilahi. Apa yang paling utama adalah kita haruslah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan, tidak kira apa jenis nikmat yang diperolehi semuanya adalah rezeki dariNya. Nikmat sihat sebelum sakit, Nikmat Ilmu, Nikmat bernafas disetiap hari dan sesungguhnya tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah diberikan oleh Allah buat setiap satu makhluk ciptaanNya.
Dalam surah Ibrahim Allah berfirman: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan ' Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat keras'".
Ya Allah bantulah aku agar aku sentiasa ingat kepadaMu, mensyukuri segala nikmatMu dan baik dalam beribadat kepadaMu...aamiin.
Buku yang sangat bagus untuk dimiliki oleh setiap orang. Sangat mudah difahami dengan olahan bahasa yang mudah dan ringkas. Selamat membaca semua.:D