Thursday, 31 May 2012

YESS!!! I Did it!!

Alhamdu lillah syukur....
Aaargh..finally siap jugak and dah submit pun photobook beli from JrWedoo.


Waiting lagi 10 hari untuk sampai ke tangan hasil dari photobook tu...sangat2 xsabar melihat outcomenya...ini adalah sambungan dari post Current Projects yang lepas...

just nk share few pics untuk the photobook..





 Bukan senang rupanya nk mengedit gambar..haha.tp i like..suke..suke..suke...nampaknya part and partial minat adalah dalam bidang creative..

What i acknowledge about myself, i can spent hours for this kind of things...boleh buat $$$ ni....RMRMRM..

till later..will post again about the project once received from wedoo. Oh terlupa..ada satu lagi project - PHOTOBOOK MALAYSIA... this time xtau tema apa nk buat...? ada idea x?

Monday, 28 May 2012

Current Projects

My Current projects now is to complete the Photobook Jr. beli dah lama dah tapi baru sekarang nk redeem and the last day untuk submit is on 31 May 2012. Beli dengan harga yang sangat murah (masa tula) dekat Groupon

Dah lama dah bercadang nak buat photobook pasal semua anak-anak buah yang ada...maklumla anak sendiri belum ada lagi..so gambar anak-anak buah adalh gambar yang paling best untuk dijadikan cerita..owhh missing all the munchkins...huhuhu betul2 kena siapkan photobook ni cepat-cepat...xsabar nk siapkan..



Nurul Ain Syafiqa

"Nurul Ain Syafiqah - 29 January 2005. Dah besar dah. Sekarang dah umur 7 tahun dah masuk darjah satu dah. Selalunya yang sulung mesti dapat perhatian yang paling lebihkan? Ape pun Ain dapat jadi contoh terbaik pada adik-adik ye sayang... "




Mohd Akmal Syafiq

                                                                     
                   " Mohd Akmal Syafiq - 2 October 2007. Chicky face, sangat nakal now dah besar dah..moga jadi anak yang soleh... abang jaga kakak dan adik baik-baik ye.."                                              
Nurul Aqilah Syuhada



"14 May 2010 - comel Aqilah..sekarang pun dah besar..tembam mase kecil tapi mase dah besar halus je...Achik doakan Qila jadi anak yang Solehah ye sayang.."
Hazim Zhariff


"Hazim Zhariff - 2 May 2011, Alhamdu lillah syukur..masa kecil lagi dah kena bedah..sekarang syukur pada Allah..semuanya sihat..jadi anak yang soleh ye Zhariff"




Nur Fathiyatul Amanina

" Nur Fathiyatul Amanina - 22 September 2011, Si manja yang sangat peramah sangat pandai ambil hati orang...sayang Amanina moga jadi insan berguna pada bangsa, agama dan negara.."









Sangat-sangat berharap dapat siapkan photobook dengan cepat..sbb ada lagi satu nk kena buat..tapi xtahu nk buat gambar ape...adeh..

Bunting

Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
My personal achievement.. Sabtu minggu lepas adalh Sabtu yang bersejarah...berjaya jugak menggantung bunting yang dah siap ditempah selama di kawasan-kawasan perumahan.Bunting berkenaan Suprema Ikhlas

Pengalaman sebenarnya menggantung bunting ni...dari tak tahu kepada tahu cara untuk gantung persediaan yang perlu dibuat sebelum menggantung bunting.

Ingatkan senang nak gantung bunting..tapi Allah je yang tahu macamana nak gantung apa pun Alhamdu lillah syukur...berjaya jugak gantung 10 dah gantung ada lagi 20 yang perlu digantung. Untuk mengelakkan kepenatan yang melampau, bunting ni akan digantung di sebelah malam. dan bunting ni akan di tebuk siap-siap lubang untuk diletakkan dawai supaya lebih mudah untuk digantung.

Prosedur yang perlu untuk menggantung bunting - perlu dapatkan kelulusan daripada DBKL. Isi borang dan hantar pada DBKL untuk dapat kelulusan.

Alhamdu lillah..mungkin kecil je pencapaian..tapi I believe dari riak air yang kecil ini pasti akan menghasilkan gelombang yang besar...Syukur...

SKPDW 2012 - Part 2

Ok this is my homework owh...yang dah sangatla berkurun lama..huhuhu..perlu ubah sikap bertangguh ini dengan segera..

Sebenarnya ini adalah sambungan dari SKPDW2012 - Part 1 yang telah ditulis dalam bulan April yang lepas...huhu...lambat sungguh untuk menyiapkan catatan ini..tapi as mentioned earlier 4Things To Change I Must Change First..so jadinya perlu jugak menyiapkan perkongsian ini lagipun last weekend baru je habis Seminar Persona Wanita Power.

Kebahagiaan yang dicari? Antara petanda2 org yg bahagia, ataupun jika anda ingin bahagia ialah... : Hati yang sentiasa bersyukur dlm apa jua keadaan. Walau sekalipun kehilangan sesuatu barang sekali pun, tetap kena bersyukur. Syukur dahulu dan nikmat akan ditambah. Kena sentiasa REDHA dan hati akan jadi bahagia... Elakkan merungut, mengeluh dan komplain.... InsyaAllah, amalkan ini dan yang lain2 akan menjadi baik...~ Fiona Tahir ~

Homework dari SKPDW yang lepas ialah menyenaraikan 10 Perkara Hebat tentang diri sendiri:

  1. Saya memiliki senyuman yang menawan - saya akan menjadikan senyuman sebagai satu aktiviti wajib setiap hari kerana senyuman adalah sedakah dan senyuman adalah lambang kebahagiaan dan penarik rezeki yang paling mudah..
 
   2.  Saya seorang yang tinggi lampai
   3.  Saya cantik, menawan :)
   4.  Saya seorang yang bijak, pandai mengambil hati, baik hati dan pemurah
   5.  Saya seorang yang rajin berusaha dan suka belajar  untuk memperbaiki diri dan hidup saya serta keluarga saya
   6.  Saya seorang yang tidak mudah berputus asa
   7.  Saya seorang yang berani, berdikari
   8.  Saya memiliki kelurga yang sentiasa menyokong saya dalam apa jua yang saya lakukan
   9.  Saya saya seorang rakan yang baik
 10.  Saya bersyukur dengan segala limpah rahmat dan kurniaan Allah s.w.t kepada saya. Semoga Allah akan sentiasa dan terus merahmati kehidupan saya hari ini dan selamanya Amiin..


Phew....done ingat senang nk senaraikan perkara-perkara hebat dalam diri..? Sebenarnya senang..semuanya diri kita..apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA apa yang kita CAKAP  itu semua adalah DOA...

Siapa yang nk share 10 best things in urself...dipersilakan...

Tuesday, 22 May 2012

101 impian to achieve in 10 years



101 Impian Rafizah Rahamad

NO.1
Tunaikan Fardhu Haji Tahun 1433H (2012) bersama mak ayah dan kak long - saya sedang menunggu surat rayuan diluluskan oleh tabung Haji.

  1. Siapkan perbelanjaan Haji untuk pakej dan belanja mak ayah RM20,000 mulai Julai 2012  
  2.  Complete Platinum Program Dr Azizan and graduted Uni of Life 2013
  3.  Menjana pendapatan RM10K sebulan mulai Jun 2012
  4. Mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati pada hujung tahun 2012 (suami yang penyayang, unconditional love me, accept me who i am, mendidik dan membimbing untuk lebih mendekatiNYA, saling percaya dan mempercayai, me and only me will be in his heart..insya Allah)
  5.  Personal loan with HLB settle by September 2012
  6.  Siapkan tabungan untuk renovation rumah di Astana Lumayan RM20,000
  7.  Mazda 3 Sedan Color Arcthic White Metalic
  8. Private Banglo in Shah Alam - Gated Community
  9.  Semua pinjaman peribadi dengan Standard Chartred dan HSBC Amanah selesai telah selesai January 2013 
  10. Payment Program Platinum DrAzizan completed by December 2012
  11. Pendapatan dari Suprema Ikhlas Meningkat dar RM8,000 kepada RM27,000 sebulan mulai September 2012.
  12. Score A menjana pasiff income RM5,000 mulai June 2012
  13. Konsisten membeli emas/dinar mulai May 2012 (beli 1g atau 1/2 dinar)
  14. Konsisten bangun pagi pukul 4 untuk tahajud dan munajat padaNYA - mulai sekarang
  15. Konsisten Solat Dhuha dengan membaca surah As-Shams dan Surah Ad-Dhuha - mulai sekarang
  16. Konsisten membaca surah Yaasin setiap malam Jumaat - mulai sekarang
  17.  Konsisten membaca Al-Quran sebelum solat Subuh - mulai sekarang
  18. Konsisten memberi sumbangan kepada PSIAKU AZWA 
  19. Peningkatan jumlah pemberian pada Mak Ayah
  20. Istiqamah menghafaz kembali surah-surah Al-Quran yang pernah dihafaz (terutama ayat-ayat lazim )
  21. LexusRX350 White Pearl Crystal Shine
  22. Travel to Turkey and Istanbul visiting SultanAhmet Blue Mosque
  23. Shopping in London, Holiday in Paris
  24. Umrah with my Husband after the reception
  25. Holiday in Venice must do in Venice naik sampan (Gondola...awesome!!)
  26. Swims with dolphins.
  27. Umrah with families every year
  28. Scuba diving license
  29. Swimming class - Muslimah trainer
  30. Diving in Sipadan Island with Husband
  31. Having twins ( Girl and Boy)
  32. Cave diving..in New Zealand
  33. Surfing @ Gold Coast Autralia
  34. New BMW Active Hybrid 5 Silver Metalic for Mak & Ayah
  35. Gold Savings 50kg
  36. Jutawan, Hartawan Yang di Berkati Allah 2013
  37. Island Kitchen cabinate in Private Bungalow
  38. RM500,000.00 in saving bank accounts
  39. Umrah & Haji with husband, Mak, Ayah, Ayah Mertua, Mak Mertua
  40. Umrah & Ziarah with BFF Julia & Fazura
  41. Absolute Financial Freedom sebelum umur 35tahun
  42. Tour & Travel to Spain, Greece, Rome
  43. Flying an Airplane
  44. Tour & Travel to Egypt
  45. Tour & Travel to Wadi Rum, Petra Jordan 
  46. Tour & Travel to Cape Town
  47. Own a hotel @ Golden Palm Spring
  48. Mahir bahasa Arab & Tafsir Al-Quran
  49. Hiking Grand Canyon with Husband
  50. Bunjee Jumping with Husband/Rock climbing/Wall Climbing
  51. Go to Diyana Tahir VIMT Class
  52. Tour & Travel to Stonehenge
  53. Private trainer for riding horses
  54. Own  3 horses
  55. Own a Yatch
  56. Sentiasa perbetulkan niat untuk menambah nilai hidup orang lain dalam apa jua yang dilakukan semata-mata mendapat Keredhaan Allah
  57. Diampuni segala dosa sebelum nyawa diambil
  58. Bersama-sama dengan Rasullullah s.a.w di Syurga
  59. Bertemu Allah s.w.t di Syurga - Melihat sang Pencipta yang mencipta seluruh alam...
  60. Mati dalam keadaan Husnul Khatimah
  61. Menguatkan iktikad untuk sentiasa perbaiki diri dan keluarga
  62. Travel & Tour  - Great Wall of China
  63. Travel & Tour  - Kashmir
  64. Visiting Taj Mahal, India
  65. Travel & Tour Japan - palimh penting dapat tengok  Sakura
  66. Holiday in Korea with husband - Nami Island
  67. Senyum setiap kali bangun tido, perbanyakkan senyum - sedeqah paling mudah
  68. Mempunyai kebebasab masa - banyak masa dengan keluarga dan orang-orang tersayang
  69. Mendidik anak-anak sendiri - work from home
  70. Clickbanks always generate massive passive income
  71. Love myself More.
  72. Having Own Spa @ home
  73. Consistent FGS before sleeps
  74. Free from all debts by end this year
  75. Memiliki anak-anak yang soleh dan solehah ( 4-5 orang)
  76. Review Compas Wang & Engine Wang once a week
  77. Mendidik anak-anak dari kecil mengenal Allah 
  78. Sumbangan kepada Persatuan Seni Silat Cekak UstazHanafi
  79. Mengamalkan dan mendalami ajaran Ustaz Hj Hanafi melalui Silat Cekak Ustaz Hanafi
  80. Memiliki sebuah keluraga yang bahagia yang mendapat keredhaann Alllah
  81. Memiliki anak-anak yang saling mengasihi antara satu sama lain.sentiasa menghormati satu sama lain
  82. Holiday Seam Reap
  83. Memohon keampunan dari Allah..sentiasadan sentiasa memaafkan orang sebelum tdo..
  84. Own my Own Business
  85. Holiday atas cruise
  86. Visits Masjid al- Aqsa
  87. Sentiasa bersyukur dengan setiap limpah rahmat yang diberiNYA
  88. Dapat buat Ibadah Qurban setiap tahun
  89. Menjadi Isteri Solehah yang dapat membahagiakan suami dan anak-anak
  90. Latest version of Ipad for FREE
  91. Memiliki Yayasan Rafizah - untuk membantu mereka yang memerlukan - yang akan menyiapkan keperluan pembelajaran anak-anak yang tidak bernasib baik
  92. Perbanyakkan kebajikan dan sentiasa berzakat
  93. Memiliki hartanah yang dapat generate passive income
  94. Memiliki 5 hektar tanah kelapa sawit
  95. Khatam Al-quran setahun sekali, mula baca 1 juz 1 hari, mula hafaz Al-Quran
  96. Mendalami Ilmu tentang Emas
  97. Attending Anthony Robins training
  98. Belajar dan mahirkan lagi bacaan Al-Quran (pastikan bacaan lebih bagus dan baik)
  99. Financial Security
  100. Learn photoghraphy
  101. Semua Impian tercapai - kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan, keberkatan dunia akhirat


    Tuesday, 15 May 2012

    Rintihanku padaMU Ya Rabb...

    Segala puji bagi Mu Ya Allah,selawat dan salam buat junjungan besar yang disayangi Nabi Muhammad s.a.w.
    Wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,sesungguhnya aku sedar yg aku tidak layak utk memohon apa2 dariMu Ya Allah..tetapi kepada siapa lagi hendak kami panjatkan doa kami selain dari Mu Ya Allah? 
    Maka ampunkanlah kami Ya Allah, pandanglah wajah kami dengan pandangan kasih sayangMu,kerana Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

    Pada hari yang berbahagia ini, sungguh kami terasa dekat dengan Mu Ya Allah, kerana kami tahu Engkau sedang melihat dan tersenyum mendengar munajat kami.. 

    Ya Rahman, daku suka mempunyai sifat2: 
    •  lembut hati memaafkan salah orang lain -lembut hati utk menjalankan perintah Mu 
    •  lembut hati utk mengasihi makhluk2 Mu -kasih sayang pada diriku,ibu-bapaku,adik beradikku,ipar duai ku,sahabat baik ku, guru-guruku 
    •  syukur pada setiap masa padaMu,berterima kasih pada hambaMu sebagai tanda syukur pada Mu,menghargai setiap nikmat yang ku perolehi 
    •  tenang dan bersemangat menjalani kehidupan dengan bangun seawal 4.30pagi utk mendekatkan diri denganMu -berlapang dada dan redha dengan taqdir yang terbaik kau tentukan untukku 
    • rajin solat dan membaca Alquran setiap selepas solat -Istiqmah bangun seawal 4.30pagi, bertahajud dan berselawat 1000x buat kekasihMU 
    • Bersemangat utk hidup sebagai tanda syukur Kau kurniakan aku kehidupan 
    • creative dan penuh inspirasi menghasilkan karya utk menyentuh hati semua hambaMu agar dekat padaMu.. sebagai tanda syukurku akan anugerahMu 

    Ya Allah Kau sudah berkata,dan kata-kataMu adalah kebenaran "Sesungguhnya Allah Maha Lembut terhadap hambaNya.Dia Maha Memberi Rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" Ya Allah dengan SifatMu yang Maha Kaya dan Maha Mendengar, perkenankanlah hajat hambaMu Ya Allah Ya Zaljalaliwal Ikram Amin..amin..amin Ya Rabbal alamin 

    HambaMu yang bersyukur 
     Nur Rafizah Rahamad

    Doa diubahsuai dari DiyanaTahir

    Picture Credit to:http://www.coran-tajwid.net/dua-khatm-al-quran

    Monday, 14 May 2012

    Intro

    Assalammu'alaikum..

    Blog ini adalah khusus untuk mencoret setiap perjalanan hidupku dalam merubah menjadi yang lebih baik...menjadi HambaNYA yang sentiasa mensyukuri nikmatNYA..menjadi khalifah yang sebenar-benar khalifah sebagaimana yang selayaknya setelah DIA menciptakan diriku menjadi HambaNYA yang dapat memanfaatkan segala nikmatNYA sebaiknya..mejalani kehidupan yang lebih beerti sebagai HambaNYA..


    Mudah-mudahan diri ini menjadi insan yang Muttaqin, Muhlisin ...Aamiin..aamiin..aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..